Thursday, 10 February 2022

Wanita muslimah yang memerintah negara

Thursday, 10 February 2022 0
Dalam sejarah Islam, wanita pernah menjadi raja. Pertama sekali berlaku di bumi Yaman. Ketika itu memerintah di sana sebuah kerajaan bernama kerajaan Solehiyyah. Seorang raja perempuan bernama Arwa binti Ahmad (1048-1138). Beliau naik  tahta pada tahun 1084=477H,  setelah kematian suaminya Al-Malik Al-Mukarram, Ali bin Muhamamd As-Solehi, pengasas kerajaan Solehiyyah di Yaman.. Duduk bertahta hampir 55 tahun dan meninggal pada usia hampir 86 tahun. 


Di tanah Delhi pula, pernah memerintah seorang Sultanah bernama Radhiah Sultan antara tahun 1236-1240. 4 tahun di atas tahta.Namun, beliau akhirnya mati terbunuh.


Kemudian di tanah Mesir, pernah memerintah pula seorang raja perempuan bernama Syajaratur Dur pada tahun 1250M. Beliau mengambil alih kendali kuasa setelah mangkat suaminya Sultan Soleh Ayyub dari dinasti Ayyubiyyah. Demi menjaga semangat tentera Mesir yang sednag berdepan dengan pasukan Salibi saat itu, dia mengeluarkan perintah atas nama suaminya yang telah mangkat dan untuk mengekalkan posisinya, dia kemudiannya berkahwin dengan Al-Muiz Aibak, salah seorang hamba almarhum suaminya.Namun akhirnya di juga mati terbunuh. Sebelum dia dibunuh, dia sendiri telah membunuh suaminya Al-Muiz Aibak gara-gara tidak puas hati apabila suaminya itu berencana mahu berkahiwn dengan seorang puteri keturunan Ayyubiyah. Dia dibunuh oleh isteri pertama Al-Muiz Aibak dengan cara dipukul dengan sandal kayu dan dibuang dari atas benteng kota.



Wednesday, 1 December 2021

Kitab Asna Al-Matalib

Wednesday, 1 December 2021 0

 Jika seseorang mengaku dirinya bermazhab Syafie, tanyakan padanya, pernahkah anda membaca atau belajar Kitab Asnal Matalib? Kalau belm pernah baca atau belajar kitab ini, maka katakan dia belum lagi bermazhab Syafie.

Kitab ini adalah karya Al-Imam Al-Faqih Zakariyya Al-Ansari As-Syafie(823-926H). Kitab ini adalah sebuah Ensiklopedia Fekah Mazhab Syafie yang merupakan syarah kepada kitab Raudhut Talib yang ditulis oleh Ibn Al-Muqri' (Meninggal tahun 837). Kitab Raudhuttalib itu adalah sebuah ringkasan kepada kitab Raudhatuttalibin yang ditulis oleh Imam Nawawi rahimahullah (Meninggal tahun 676h)



ليس شافعياً من لم يقرأ أسنى المطالب

Sunday, 24 October 2021

Isim Maksur dan Manqus

Sunday, 24 October 2021 0

 

Thursday, 21 October 2021

ANAK-ANAK YANG DISANDARKAN KEPADA ALLAH

Thursday, 21 October 2021 0

 قال ابن كثير: قال بعضُ السلف: لَقَدْ رَأَيْنَا بَعْضَ أَوْلَادِ عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ يَحْمِلُ عَلَى ثَمَانِينَ فَرَسًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَكَانَ بَعْضُ أَوْلَادِ سُلَيْمَانَ بْنِ عَبْدِ الْمَلِكِ مَعَ كَثْرَةِ مَا تَرَكَ لَهُمْ مِنَ الْأَمْوَالِ يَتَعَاطَى وَيَسْأَلُ مِنْ أَوْلَادِ عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ لِأَنَّ عُمَرَ وَكَلَ وَلَدَهُ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَسُلَيْمَانُ وَغَيْرُهُ إِنَّمَا يَكِلُونَ أَوْلَادَهُمْ إِلَى مَا يَدَعُونَ لَهُمْ مِنَ الْأَمْوَالِ الْفَانِيَةِ، فَيَضِيعُونَ وَتَذْهَبُ أَمْوَالُهُمْ فِي شَهَوَاتِ أَوْلَادِهِمْ. [البداية والنهاية لابن كثير جـ9 صـ218].


Telah berkata Ibn Kathir dalam Al-Bidayah Wan Nihayah, Jil 9, Ms 218: Telah menceritakan setengah daripada Salaf, Sesungguhnya kami telah saksikan sebahagian daripada anak-anak Umar bin Abdul Aziz telah menaja 80 kudah perang Fi sabilillah. Sementara sebahagian daripada anak-anak Sulaiman bin Abdul Malik, walaupun banyak harta yang ditinggalkan oleh ayah mereka untuk mereka, mereka dalam keadaan meminta kepada anak-anak Umar bin Abdul Aziz. Demikain itu kerana Umar bin Abdul Aziz menyerakan nasib mereka kepada Allah SWT, dan Sulaiman dan lain-lainnya menyerakan anak-anak mereka kepada harta yang mereka tinggalkan. Llau anak-anak mereka mensia-siakan harta mereka dan hilanglah harta itu buat melampiaskan syahwat mereka.

Sunday, 17 October 2021

CIRI HADIS PALSU(1)

Sunday, 17 October 2021 0

 Semua hadis yang menyebut tenteng keelokkan rupa paras dan pujian atasnya, suruhan agar memandangnya, mencari hajat melaluinya, dan neraka tidak membakarnya, semua hadis yang demikian sifatnya adalah palsu lagi rekaan sang pereka.

Tuesday, 26 January 2021

MENDALAMI ILMU NAHU BAHASA ARAB-AYUH BELAJAR TERUS

Tuesday, 26 January 2021 0

 

 

analbahr/

Friday, 15 January 2021

ِAl-Asy'ath bin Qais Al-kindi

Friday, 15 January 2021 0

Saya mencari tahu tentang Al-Asy'asth ini setelah membaca kita pemberontakan cucunya yang bernama Abdurrahman bin Muhammad bin Al-Asy'ath melawan Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi.

Sumber Sunni memujinya sebagai sahabat nabi yang di letakkan  gelaran Radhiallahu anhu. Namun, jika dibaca dlam sumber wiki Syiah, dia dituduh sebagai bersekongkol membunuh Ali bersama Abdurrahman bin Muljam.

وفي مسند الإمام أحمد عَنْ شَقِيقٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: «مَنْ حَلَفَ عَلَى يَمِينٍ هُوَ فِيهَا فَاجِرٌ لِيَقْتَطِعَ بِهَا مَالَ امْرِئٍ مُسْلِمٍ، لَقِيَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَهُوَ عَلَيْهِ غَضْبَانُ». فَقَالَ الأَشْعَثُ رضي الله عنه: فِيَّ كَانَ وَاللَّهِ ذَلِكَ، كَانَ بَيْنِي وَبَيْنَ رَجُلٍ مِنْ الْيَهُودِ أَرْضٌ فَجَحَدَنِي، فَقَدَّمْتُهُ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: «أَلَكَ بَيِّنَةٌ؟» قُلْتُ: لا. فَقَالَ لِلْيَهُودِيِّ: «احْلِفْ». فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِذَنْ يَحْلِفَ. فَذَهَبَ بِمَالِي، فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى: {إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلاً} [آل عمران: 77] إِلَى آخِرِ الآيَة.

 

 

 
والقلم وما يسطرون. Design by Pocket