Monday, 12 September 2022
Kejatuhan Toledo ( Tulaitilah)
AN-NU'MAN BIN MUNZIR AL-LAKHMI
النعمان بن المنذر بن المنذر بن امرئ القيس اللخمي، الملقب بأبو قابوس (582-610 م) من أشهر ملوك المناذرة في عصر ما قبل الإسلام. كان داهية مقداما. وهو ممدوح النابغة الذبياني وحسان بن ثابت وحاتم الطائي. وهو باني مدينة النعمانية على ضفة دجلة اليمنى، وصاحب يوم البؤس والنعيم؛ وقاتل عبيد بن الأبرص الشاعر، في يوم بؤسه؛ وقاتل عدي بن زيد و غازي قرقيسيا (بين الخابور والفرات). كان أبرش أحمر الشعر، قصيرا. ملك الحيرة إرثا عن أبيه، سنة 582م، وكانت تابعة للفرس، فأقره عليها كسرى فاستمر إلى أن نقم عليه كسرى أبرويز أمرا بعد أن طلب منه أن يزوجه ابنته فرفض النعمان فما كان من كسرى إلا أن عزل النعمان ونفاه إلى خانقين، فسجن فيها إلى أن مات. وقيل: ألقاه تحت أرجل الفيلة، فوطئته، فهلك وكانت هذه الحادثة هي الشرارة التي أدت لاشتعال الحرب بين العرب والفرس في معركة ذي قار والذي انتصر فيها العرب انتصارا كبيرا.
وفي صحاح الجوهرى: قال أبو عبيدة: «إن العرب كانت تسمى ملوك الحيرة -أي كل من ملكها - (النعمان) لأنه كان آخرهم»
Beliau adalah An-Nu'man bin Al-Munzir bin Al-Munzir bin Umru'ul Qais Al-Lakhmi yang digelar Abu Al-Qabus. Beliau adalah raja terakhir keluarga Munzir yang memerintah Herah. Hidup antara tahun 582 hingga 610M.Tuesday, 6 September 2022
PEMBERONTAKAN ABDURRAHMAN BIN MUHAMMAD AL-ASY'ATH
Pada mulanya beliau adalah antara tentera yang berkhidmat di bawah kendalian Al-Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi. Bintangnya cepat bersinar sehingga dia diberi kepercayaan oleh Hajjaj untuk menatadbir Tibristan. Kemudian Hajjaj mencurigainya dan memecatnya. Dia tidak terima dan kembali melawan Hajjaj dan selanjutnya mencabar khalifah Abd malik bin Marwan.
![]() |
| Kawasan Tibristan |
Tambahan pada masa itu ada mood anti Hajjaj. Ramai kalangan ulama yang mendokong perjuangan Abdurrahman Al-Asy'ath ini. Ada kalangan Tabi'in yang mendokongnya seperti Sa'id bin Jubair dan Muhammad bin Saad bin Abi Waqqas. Antara tokoh besar yang menyokongnya adalah Muslim bin Yasar. Hasan al-Basri cuba dipujuk menyokong gerakannya tetapi ditolak oleh Hasan Al-Basri.
Mulanya kemenangan nampak berpihak kepada Abdurrahman dan Hajjaj kewalahan mengekangnya. Namun kemudiannya Hajjaj mendapat posisi yang kuat dan dapat mengalahkannya.
PUNCA PERGESERAN ANTARA HAJJAJ DENGAN ABDURRAHMAN
Pada tahun 80H, Abdurrahman menggerakan pasukannya ke Sijistan selepas menghapuskan kekuatan pasukan Ubadillah bin Abi Bakrah di sebelah Turki. Abdurrahman menggabungkan Turki dalam kekuasaannya dan menolak tawaran cukai kharaj pemimpin di sana. Kerana musim sejuk sedangh melanda, Abdurrahman menangguhkan proses masuk ke wilayah Turki. Hajjaj tidka setuju dan mengarakannya agar teruskan misi. Jika enggan dia akan digantikan dengan saudaranya Ishak bin Muhammad Al-Asy'ath. Abdurrahman bermesyuarat dengan pemimpin pasukannya dan mereka mencapai persetujuan untuk statik dengan keputusan mereka dan mereka menambah bahawa perlu memecat Hajjaj yang disebutkan mereka sebagai "musuh Allah".
Selama 4 tahun pemberontakan Abdurrahman berlangsung. Khalifah Abdul malik pernah cuba menawarkan kepada Irak untuk gantikan hajjaj dengan Abdurrahman. Tapi Abdurrahman sudah naik syok dengan kemenangannya. Sehingga berlaku peperangan Dir Jamajim. Kalahlah Abdurrahman dan dia lari ke Turki. Hajjaj hantar 'Ammarah bin Tamim Al-lakhmi salah seorang pemimpin tentera dari Syam untuk menangkap Abdurrahman. Ketika Abdurrahman merasakan bahawa dia tidak dapat lari lagi dari tangkapan dna akan diserahkan kepada Hajjaj, dia mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Maka matilah Abdurrahman membunuh dirinya pada tahun 85H
![]() |
| Kawasan Sijistan |
Wednesday, 4 May 2022
Kalau mahu jadi mufti, inilah syaratnya!
Hari ini, orang mahu kalau jadi mufti. Walau kelayakannya amat sedikit, kemahuan jadi mufti tetap membara. Apakah syarat-syarat kelayakan mufti menurut agama?
Rujuk: http://www.moqatel.com/openshare/Behoth/Denia9/Fatwa/sec05.doc_cvt.htm
Friday, 11 February 2022
QUTBUDDIN AIBAK
Qutb al-Din Aibak (Persian: قطبالدین ایبک), (1150 – 14 November 1210) was a general of the Ghurid king Muhammad Ghori. He was in charge of the Ghurid territories in northern India, and after Muhammad Ghori's death, he became the ruler of an independent kingdom that evolved into the Delhi Sultanate ruled by the Mamluk dynasty.
Sumber: Wikipedia
- Qutbuddin Aibak merupakan pengasas kepada Kesultanan Islam Delhi yang berdiri antara tahun 1206 hingga 1290/603h hingga 689h. Dalam tempoh ini, para sultannya adalah dari keturunan mamalik (hamba) dari pelbagai keturunan atau bangsa. Qutbuddin Aibak sendiri adalah berasal dari bangsa Turkistan.
- Qutbuddin Aibak dilahirkan pada tahun 1150
- Pada awalnya, Qutbuddin adalah hamba yang dimiliki (mamluk). Sejak kecil dia dijual sebagai hamba dan mulanya dia dibeli oleh Qodhi Fakhruddin Abdul Aziz Kufi di Nisabur. Di bawah jagaan beliau, Qutbuddin didedahkan dengan ilmu kepahlawanan seperti memanah, menungangh kuda dan kemahiran-kemahiran persenjataan lain.
- Qutbuddin kemudiannya dijual kepada Muhamamd Ghuri di Kota Ghazni. Di bawah Muhamamd Ghuri, dia meningkat kedudukannya menjadi pengawal kepada kuda istana.
- Ketika perang antara kerajaan Khawarizmi dengan Ghuri, Qutbuddin ditawan oleh pasukan Sultan Syah.
- Bila pasukan tentera Ghuri menang, dia dibebaskan dan Muhammad Ghuri sangat menyayanginya.
- Setelah Muhammad Ghuri menang dalam Perang Terrain kedua (tahun 1192) menentang Raja Chahamana dari Shakambhari, Qutbuddin Aibak diberikan peranan menjaga wilayah Utara India yang ditawan.
- Qutbuddin meluaskan kekuasaan Kesultanan Ghuri dengan menawan kerajaan Chahamana, Gahadavala, Chaulukya, Chandela dan beberapa kerajaan lain yang berkuasa diIndia ketika itu.
- Bila Muhammad Ghuri meninggal tahun 1206, baginda tidak meninggalkan keturunan untuk mewarisi tahtanya. Seorang panglima tenteranya bernama Tajuddin Yildiz yang juga merupakan hamba mengambil alih kekuasaan dan ini menimbulkan konflik dengan Qutbuddin Aibak.
- Peperangan pun tidak dapat dielakkan. Qutbuddin Aibak meluaskan kekuasaannya sampai ke Ghazni dan mengangkat anak saudara Sultan Muhamamd Ghuri yang bernama Ghiathuddin menjadi Sultan baru kerajaan Ghuri.
- Qutbuddin sendiri kembali ke Lahore dan menjadikannya sebagai ibukota pemerintahannya. Mengenang jasanya Sultan Ghiathuddin pun mengiktiraf kekuasaan Qutbuddin ke atas India.
- Dengan itu Qutbuddin telah mendirikan kerajaan Kesultanan Islam di India. Dari semasa ke semasa, wialayah keukuasaannya kian luas dan baginda menetapkan sisitem pemerintahan yang adil dan menjaga kebajikan rakyat.
- Baginda Sultan Qutbuddin Aibak meninggal pada tahun 1210 kerana jatuh kuda sewaktu sedang menunggangnya dalam permainan sukan berkuda yang dinamakan "Chovgan".
- Anaknya Aram Shah dilantik menggantikannya. Namun dia tidak mahir dalam pemerintahan dan kerajaan mula pecah dan ada bahagian yang mula menceraikan diri daripada Kesultanan.
- Para Raja dan Amir kerajaan Mamalik mula mencari pengganti dan ketika orang yang diharapkan hanyalah Syamsuddin Al-Tutmis yang merupakan bekas hamba Qutbuddin Aibak yang menjadi panglima tentera yang berkebolehan.
- Ini menimbulkan konflik dengan Aram Shah, tetapi Aram Shah kemudian mati terbunuh. Maka Syamsuddin Al-Tutmis pun menjadi penguasa baru Kesultanan Islam Delhi.
- Kesultaan ini dinamakan Mamalik kerana para Sultannya asal hamba. Namun, dari semua Sultannya, hanya 3 orang sahaja yang asalnya hamba iaitu Qutbuddin Aibak, Syamsudin Al-Tutmis dan Sultan ke-9 bernama Ghiathuddin balban. Selain mereka, semuanya bukan hamba. Namun, kerajaan ini dipanggil sebagai Kerajaan Mamalik
Thursday, 10 February 2022
Wanita muslimah yang memerintah negara
Wednesday, 1 December 2021
Kitab Asna Al-Matalib
Jika seseorang mengaku dirinya bermazhab Syafie, tanyakan padanya, pernahkah anda membaca atau belajar Kitab Asnal Matalib? Kalau belm pernah baca atau belajar kitab ini, maka katakan dia belum lagi bermazhab Syafie.
Kitab ini adalah karya Al-Imam Al-Faqih Zakariyya Al-Ansari As-Syafie(823-926H). Kitab ini adalah sebuah Ensiklopedia Fekah Mazhab Syafie yang merupakan syarah kepada kitab Raudhut Talib yang ditulis oleh Ibn Al-Muqri' (Meninggal tahun 837). Kitab Raudhuttalib itu adalah sebuah ringkasan kepada kitab Raudhatuttalibin yang ditulis oleh Imam Nawawi rahimahullah (Meninggal tahun 676h)
ليس شافعياً من لم يقرأ أسنى المطالب



