Thursday 18 January 2024

KISAH KEADILAN AHMAD BIN TULUN

Thursday 18 January 2024 0

Pada zaman pemerintahan Ahmad bin Tulun di negeri Mesir, ada sepasang suami isteri yang hidup miskin menyara hidup dengan mengusahan memintal kapal menjadi benang. Usaha ini dinamakan "Ghazlan". Nama Imam Al-Hazali dikatakan berasal dari perusahan keluarganya yang memintalk benang menjadi kapas.

Dua suami isteri tadi ada seorang anak perempuan yang sangat cantik. Dia tidak pernah keluar rumah. Satu hari dia minta untuk ikut ibu bapanya ke tempat mereka bekerja. Maka dibawalah ke sana. Namun, dalam perjalanan, anak perempuan tadi telah terpisah dari ibu bapa mereka. Dia yang tidak pernah keluar ke pekan tepinga-pinga tak tahu hendak ke mana. Ketika itu, dia lalu di depan istana seorang bangsawan bernama Putera Al-Fil. Putera Al-Fil nampak perempuan itu dan dia pun tertarik. Ditangkapnya perempuan tadi dan di bawa masuk ke istananya. Lalu diperintahkan para hambanya mempersiapkan perempuan  tadi dengan pakaian yang menarik.

Malang sekali nasib anak perempuan itu. Dia telah diperkosa oleh putera Al-Fil dan disimpan dalam istananya sebagai pemuas nafsunay.

Ibu bapa anak perempuan yang kehilangan anaknya itu mencari di sana sini tetapi tidak ditemui. Mereka berdua menangis bertanya ornag sana sini. Di malam hari, datanglah seorang memberitahu bahawa anaknya telah diculik oleh Putera Al-Fil.

Sultan Ahmad bin Tulun telah menetapkan satu peraturan dalam negeri. Jika ada sesuatu musibah yang hendak diadukan kepadanya, maka diazankan di laur waktu di masjid Jamik. Maka bapa si anak perempuan yang malang utu telah menemui muazzin masjid Jamik menceritakan kepadanya apa yang terjadi. Maka Muazzin pun melaungkan azan. Ahmad bin Tulun pun  datang. Bapa si gadis malang itu pun datang juga. Dia ceritakan apa yang terjadi kepada Ahmad bin Tulun. 

Tatkala Putera Al-Fil sampai, Ahmad bin Tulun pun menyapanya dan mengucapkan tahniah atasnya kerana perkahwinannya. Putera Al-Fil terpinga-pinga kebingungan.Maka ditunjukkan olehnya bapa si gadis dan diceritakan apoa yang terjadi. Putera Al-Fil malu tertunduk.

Kata Ahmad bin Tulun: Angkat muka kau dan katakan kepada bapanya: Kahwinkan aku dengan anakmu dengan maskahwin 1000 dinar tunai dan 500 dinar hutang.

Maka Putera Al-Fil pun terpaksa melakukannya . Bapa Si gadis malang itu pun berkata: Baiklah, aku setuju. Para saksi mendengar perkahwinan itu.

Stelah semua saksi beredar , maka Ahmad bin Tulun pun perentahkan agar kepala Puetra Al-Fil dipenggal depannya.

Lalu berkata Ahmad bin Tulun kepada bapa si gadis: Sekarang anakmu mewarisi sauminya . 

Maka dengan itu kehidupan mereka sekeluarga pun berubah menjadi senang dan anak perempuannya menjadi janda yang kaya.

Baca: Shamela

Wednesday 21 December 2022

التفريق بين الاستثناء المتصل والمنقطع

Wednesday 21 December 2022 0

 Allah SWT berfirman dalam Surah An-Naml, ayat 11:

 إِلَّا مَن ظَلَمَ ثُمَّ بَدَّلَ حُسْنًا بَعْدَ سُوءٍ فَإِنِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ (11)



Perkataan Illa dalam ayat , menurt Ibn Kathir membawa maksud istisnaa munqati'. Istisnaa ada jenis iaitu:
1) Istisnaa Muttasil
2) Istisnaa Munqati'.

Lihat perbezaannya:


المستثنى إذا كان من جنس المستثنى منه فإن أهل العلم يسمونه متصلًا، وإذا كان من غير جنسه فإنه يسمى منقطعًا، كما إذا قيل: (قام القوم إلا زيدًا)، فهذا متصل؛ لأن زيدًا –المستثنىمن جنس المستثنى منه وهو القوم، لكن إذا قيل: (قام القوم إلا حمارًا)، فهذا يسمونه منقطعًا؛ لأن الحمار ليس من جنس القوم -المستثنى منه-.

Kecuali "Orang yang zalim kemudian berbuat baik selepas kejahatan" adalah satu pengecualian daripada apa yang disebut dalam ayat sebelumnya. Dalam ayat sebelumnya disebutkan firman Allah kepada Musa bahawa "para Rasul-rasul tidak selama mana mereka bersama dengan jalan Allah". Allah ingin beritahu Musa bahawa dia tidak seharusnya takut kepada ular jelmaan dari tongkatnya. Para Rasul, dalam menjalankan dakwahnya, tidak akan takut kerana Allah sentiasa bersamanya. 

Datang ayat selepasnya, dikecualikan. Apa yang dikecualikan? Adakah para rasul tertentu? Ia adalah pengecualian perkara yang lain dan itu adalah manusia yang berbuat zalim, yakni dosa kemudian bertaubat dan berbuat baik. Maka pengecualian seperti ini tidaklah berkaitan dengan apa yang dikecualikan sebelumnya. Ia dinamakan Istisnaa munqqati'.

Rujuk beberapa contoh dalam Quran yang menunjukkan istisnaa muttasil dan munqati':



Saturday 24 September 2022

MUSANNAF ABDURRAZAQ

Saturday 24 September 2022 0

Musannaf Abdurrazaq adalah salah satu Kitab Hadis yang menjadi sumber hadis-hadis bagi Ahli Sunnah. Ia menghimpunkan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abdurrazaq As-Son'aani (Meninggal tahun 211H). Nama penuh beliau ialah Abu Bakar Abdurrazaq bin Hammam bin Nafi' Al-Himyari Al-Yamani As-Son'ani. Beliau adalah dari kalangan Hufafz dalam dunia hadis dan seornag yang Tsiqah.

Beliau adalah seorang yang digelar sebagai Muhaddis Yaman. 

Musanaf ini mengandungi hadis-hadis yang disusun mengikut bab-bab fekah bermula daripada Bab Toharah dan berakhir dengan hadis-hadis mengenai Ahli Kitab.

KItab ini mengandungi 19202 hadis yang disusun dalam 31 pecahan yang disebutkan "kitab" dan dalam setiap "kitab" ada beberapa bab.



Monday 12 September 2022

Kejatuhan Toledo ( Tulaitilah)

Monday 12 September 2022 0

 



Tulaitilah (Toledo) adalah ibu kota pemerentahan kaum Gothi sebelum Islam masuk dan menguasai Andalus melalui misi tentera  mujahid Islam yang dipimpin oleh Toriq bin Ziyad dan Musa bin Nusair. Kisah pembukaan Tulaitilah oleh Toriq bin Ziyad hanya dengan tentera hanya seramai 6 ribu personel dan ia menepati hadis nabi mengenai mukjizat Rasulullah yang mana musuh gerun kepadanya sejauh perjalan sebulan. Tulaitilah jatuh sebelum sampainya tentera Islam pimpinan Toriq bin Ziyad.

Pasukan tentera Kristian dari kerajaan Castella dan Leon tidak henti-henti cuba menawan bandar ini. Akhirnya, pada tahun 478H=1085M, jatuhlah Tulaitilah ke tangan raja Kristian




AN-NU'MAN BIN MUNZIR AL-LAKHMI

النعمان بن المنذر بن المنذر بن امرئ القيس اللخمي، الملقب بأبو قابوس (582-610 م) من أشهر ملوك المناذرة في عصر ما قبل الإسلام. كان داهية مقداما. وهو ممدوح النابغة الذبياني وحسان بن ثابت وحاتم الطائي. وهو باني مدينة النعمانية على ضفة دجلة اليمنى، وصاحب يوم البؤس والنعيم؛ وقاتل عبيد بن الأبرص الشاعر، في يوم بؤسه؛ وقاتل عدي بن زيد و غازي قرقيسيا (بين الخابور والفرات). كان أبرش أحمر الشعر، قصيرا. ملك الحيرة إرثا عن أبيه، سنة 582م، وكانت تابعة للفرس، فأقره عليها كسرى فاستمر إلى أن نقم عليه كسرى أبرويز أمرا بعد أن طلب منه أن يزوجه ابنته فرفض النعمان فما كان من كسرى إلا أن عزل النعمان ونفاه إلى خانقين، فسجن فيها إلى أن مات. وقيل: ألقاه تحت أرجل الفيلة، فوطئته، فهلك وكانت هذه الحادثة هي الشرارة التي أدت لاشتعال الحرب بين العرب والفرس في معركة ذي قار والذي انتصر فيها العرب انتصارا كبيرا.

وفي صحاح الجوهرى: قال أبو عبيدة: «إن العرب كانت تسمى ملوك الحيرة -أي كل من ملكها - (النعمان) لأنه كان آخرهم»

Beliau adalah An-Nu'man bin Al-Munzir bin Al-Munzir bin Umru'ul Qais Al-Lakhmi yang digelar Abu Al-Qabus. Beliau adalah raja terakhir keluarga Munzir yang memerintah Herah. Hidup antara tahun  582 hingga 610M.

Tuesday 6 September 2022

PEMBERONTAKAN ABDURRAHMAN BIN MUHAMMAD AL-ASY'ATH

Tuesday 6 September 2022 0

Pada mulanya beliau adalah antara tentera yang berkhidmat di bawah kendalian Al-Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi. Bintangnya cepat bersinar sehingga dia diberi kepercayaan oleh Hajjaj untuk menatadbir Tibristan. Kemudian Hajjaj mencurigainya dan memecatnya. Dia tidak terima dan kembali melawan Hajjaj dan selanjutnya mencabar khalifah Abd malik bin Marwan.


Kawasan Tibristan



Tambahan pada masa itu ada mood anti Hajjaj. Ramai kalangan ulama yang mendokong perjuangan Abdurrahman Al-Asy'ath ini. Ada kalangan Tabi'in yang mendokongnya seperti Sa'id bin Jubair dan Muhammad bin Saad bin Abi Waqqas. Antara tokoh besar yang menyokongnya adalah Muslim bin Yasar. Hasan al-Basri cuba dipujuk menyokong gerakannya tetapi ditolak oleh Hasan Al-Basri.

Mulanya kemenangan nampak berpihak kepada Abdurrahman dan Hajjaj kewalahan mengekangnya. Namun kemudiannya Hajjaj mendapat posisi yang kuat dan dapat mengalahkannya.


PUNCA PERGESERAN ANTARA HAJJAJ DENGAN ABDURRAHMAN

Pada tahun 80H, Abdurrahman menggerakan pasukannya ke Sijistan selepas menghapuskan kekuatan pasukan Ubadillah bin Abi Bakrah di sebelah Turki. Abdurrahman menggabungkan Turki dalam kekuasaannya dan menolak tawaran cukai kharaj pemimpin di sana. Kerana musim sejuk sedangh melanda, Abdurrahman menangguhkan proses masuk ke wilayah Turki. Hajjaj tidka setuju dan mengarakannya agar teruskan misi. Jika enggan dia akan digantikan dengan saudaranya Ishak bin Muhammad Al-Asy'ath. Abdurrahman bermesyuarat dengan pemimpin pasukannya dan mereka mencapai persetujuan untuk statik dengan keputusan mereka dan mereka menambah bahawa perlu memecat Hajjaj yang disebutkan mereka sebagai "musuh Allah".

Selama 4 tahun pemberontakan Abdurrahman berlangsung. Khalifah Abdul malik pernah cuba menawarkan kepada Irak untuk gantikan hajjaj dengan Abdurrahman. Tapi Abdurrahman sudah naik syok dengan kemenangannya. Sehingga berlaku peperangan Dir Jamajim. Kalahlah Abdurrahman dan dia lari ke Turki. Hajjaj hantar 'Ammarah bin Tamim Al-lakhmi salah seorang pemimpin tentera dari Syam untuk menangkap Abdurrahman. Ketika Abdurrahman merasakan bahawa dia tidak dapat lari lagi dari tangkapan dna akan diserahkan kepada Hajjaj, dia mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Maka matilah Abdurrahman membunuh dirinya pada tahun 85H



Kawasan Sijistan




Wednesday 4 May 2022

Kalau mahu jadi mufti, inilah syaratnya!

Wednesday 4 May 2022 0

 Hari ini, orang mahu kalau jadi mufti. Walau kelayakannya amat sedikit, kemahuan jadi mufti tetap membara. Apakah syarat-syarat  kelayakan mufti menurut agama?

Rujuk: http://www.moqatel.com/openshare/Behoth/Denia9/Fatwa/sec05.doc_cvt.htm

 
والقلم وما يسطرون. Design by Pocket