Friday 11 February 2022

QUTBUDDIN AIBAK

Friday 11 February 2022 0

 Qutb al-Din Aibak (Persianقطب‌الدین ایبک), (1150 – 14 November 1210) was a general of the Ghurid king Muhammad Ghori. He was in charge of the Ghurid territories in northern India, and after Muhammad Ghori's death, he became the ruler of an independent kingdom that evolved into the Delhi Sultanate ruled by the Mamluk dynasty.

Sumber: Wikipedia


  1. Qutbuddin Aibak merupakan pengasas kepada Kesultanan Islam Delhi yang berdiri antara tahun 1206 hingga 1290/603h hingga 689h. Dalam tempoh ini, para sultannya adalah dari keturunan mamalik (hamba) dari pelbagai keturunan atau bangsa. Qutbuddin Aibak sendiri adalah berasal dari bangsa Turkistan.
  2. Qutbuddin Aibak dilahirkan pada tahun 1150
  3. Pada awalnya, Qutbuddin adalah hamba yang dimiliki (mamluk). Sejak kecil dia dijual sebagai hamba dan mulanya dia dibeli oleh Qodhi Fakhruddin Abdul Aziz Kufi  di Nisabur. Di bawah jagaan beliau, Qutbuddin didedahkan dengan ilmu kepahlawanan seperti memanah, menungangh kuda dan kemahiran-kemahiran persenjataan lain.
  4. Qutbuddin kemudiannya dijual kepada Muhamamd Ghuri di Kota Ghazni. Di bawah Muhamamd Ghuri, dia meningkat kedudukannya menjadi pengawal kepada kuda istana.
  5. Ketika perang antara kerajaan Khawarizmi dengan Ghuri, Qutbuddin ditawan oleh pasukan Sultan Syah.
  6. Bila pasukan tentera Ghuri menang, dia dibebaskan dan Muhammad Ghuri sangat menyayanginya.
  7. Setelah Muhammad Ghuri menang dalam Perang Terrain kedua (tahun 1192)  menentang Raja Chahamana dari Shakambhari, Qutbuddin Aibak diberikan peranan menjaga wilayah Utara India yang ditawan.  
  8. Qutbuddin meluaskan kekuasaan Kesultanan Ghuri dengan menawan kerajaan Chahamana, Gahadavala, Chaulukya, Chandela dan beberapa kerajaan lain yang berkuasa diIndia ketika itu.
  9. Bila Muhammad Ghuri meninggal tahun 1206, baginda tidak meninggalkan keturunan untuk mewarisi tahtanya. Seorang panglima tenteranya bernama Tajuddin Yildiz yang juga merupakan hamba mengambil alih kekuasaan dan ini menimbulkan konflik dengan Qutbuddin Aibak.
  10. Peperangan pun tidak dapat dielakkan. Qutbuddin Aibak meluaskan kekuasaannya sampai ke Ghazni  dan mengangkat anak saudara Sultan Muhamamd Ghuri yang bernama Ghiathuddin menjadi Sultan baru kerajaan Ghuri.
  11. Qutbuddin sendiri kembali ke Lahore dan menjadikannya sebagai ibukota pemerintahannya. Mengenang jasanya Sultan Ghiathuddin pun mengiktiraf kekuasaan Qutbuddin ke atas India.
  12. Dengan itu Qutbuddin telah mendirikan kerajaan Kesultanan Islam di India. Dari semasa ke semasa, wialayah keukuasaannya kian luas dan baginda menetapkan sisitem pemerintahan yang adil dan menjaga kebajikan rakyat.
  13. Baginda Sultan Qutbuddin Aibak meninggal pada tahun 1210 kerana jatuh kuda sewaktu sedang menunggangnya dalam permainan sukan berkuda yang dinamakan "Chovgan".
  14. Anaknya Aram Shah dilantik menggantikannya. Namun dia tidak mahir dalam pemerintahan dan kerajaan mula pecah dan ada bahagian yang mula menceraikan diri daripada Kesultanan. 
  15. Para Raja dan Amir kerajaan Mamalik mula mencari pengganti dan ketika orang yang diharapkan hanyalah Syamsuddin Al-Tutmis yang merupakan bekas hamba Qutbuddin Aibak yang menjadi panglima tentera yang berkebolehan.
  16. Ini menimbulkan konflik dengan Aram Shah, tetapi Aram Shah kemudian mati terbunuh. Maka Syamsuddin Al-Tutmis pun menjadi penguasa baru Kesultanan Islam Delhi.
  17. Kesultaan ini dinamakan Mamalik kerana para Sultannya asal hamba. Namun, dari semua Sultannya, hanya 3 orang sahaja yang asalnya hamba iaitu Qutbuddin Aibak, Syamsudin Al-Tutmis dan Sultan ke-9 bernama Ghiathuddin balban. Selain mereka, semuanya bukan hamba. Namun, kerajaan ini dipanggil sebagai Kerajaan Mamalik 



Thursday 10 February 2022

Wanita muslimah yang memerintah negara

Thursday 10 February 2022 0
Dalam sejarah Islam, wanita pernah menjadi raja. Pertama sekali berlaku di bumi Yaman. Ketika itu memerintah di sana sebuah kerajaan bernama kerajaan Solehiyyah. Seorang raja perempuan bernama Arwa binti Ahmad (1048-1138). Beliau naik  tahta pada tahun 1084=477H,  setelah kematian suaminya Al-Malik Al-Mukarram, Ali bin Muhamamd As-Solehi, pengasas kerajaan Solehiyyah di Yaman.. Duduk bertahta hampir 55 tahun dan meninggal pada usia hampir 86 tahun. 


Di tanah Delhi pula, pernah memerintah seorang Sultanah bernama Radhiah Sultan antara tahun 1236-1240. 4 tahun di atas tahta.Namun, beliau akhirnya mati terbunuh.


Kemudian di tanah Mesir, pernah memerintah pula seorang raja perempuan bernama Syajaratur Dur pada tahun 1250M. Beliau mengambil alih kendali kuasa setelah mangkat suaminya Sultan Soleh Ayyub dari dinasti Ayyubiyyah. Demi menjaga semangat tentera Mesir yang sednag berdepan dengan pasukan Salibi saat itu, dia mengeluarkan perintah atas nama suaminya yang telah mangkat dan untuk mengekalkan posisinya, dia kemudiannya berkahwin dengan Al-Muiz Aibak, salah seorang hamba almarhum suaminya.Namun akhirnya di juga mati terbunuh. Sebelum dia dibunuh, dia sendiri telah membunuh suaminya Al-Muiz Aibak gara-gara tidak puas hati apabila suaminya itu berencana mahu berkahiwn dengan seorang puteri keturunan Ayyubiyah. Dia dibunuh oleh isteri pertama Al-Muiz Aibak dengan cara dipukul dengan sandal kayu dan dibuang dari atas benteng kota.



 
والقلم وما يسطرون. Design by Pocket