Thursday 10 February 2022

Wanita muslimah yang memerintah negara

Thursday 10 February 2022
Dalam sejarah Islam, wanita pernah menjadi raja. Pertama sekali berlaku di bumi Yaman. Ketika itu memerintah di sana sebuah kerajaan bernama kerajaan Solehiyyah. Seorang raja perempuan bernama Arwa binti Ahmad (1048-1138). Beliau naik  tahta pada tahun 1084=477H,  setelah kematian suaminya Al-Malik Al-Mukarram, Ali bin Muhamamd As-Solehi, pengasas kerajaan Solehiyyah di Yaman.. Duduk bertahta hampir 55 tahun dan meninggal pada usia hampir 86 tahun. 


Di tanah Delhi pula, pernah memerintah seorang Sultanah bernama Radhiah Sultan antara tahun 1236-1240. 4 tahun di atas tahta.Namun, beliau akhirnya mati terbunuh.


Kemudian di tanah Mesir, pernah memerintah pula seorang raja perempuan bernama Syajaratur Dur pada tahun 1250M. Beliau mengambil alih kendali kuasa setelah mangkat suaminya Sultan Soleh Ayyub dari dinasti Ayyubiyyah. Demi menjaga semangat tentera Mesir yang sednag berdepan dengan pasukan Salibi saat itu, dia mengeluarkan perintah atas nama suaminya yang telah mangkat dan untuk mengekalkan posisinya, dia kemudiannya berkahwin dengan Al-Muiz Aibak, salah seorang hamba almarhum suaminya.Namun akhirnya di juga mati terbunuh. Sebelum dia dibunuh, dia sendiri telah membunuh suaminya Al-Muiz Aibak gara-gara tidak puas hati apabila suaminya itu berencana mahu berkahiwn dengan seorang puteri keturunan Ayyubiyah. Dia dibunuh oleh isteri pertama Al-Muiz Aibak dengan cara dipukul dengan sandal kayu dan dibuang dari atas benteng kota.



0 comments:

Post a Comment

 
والقلم وما يسطرون. Design by Pocket