Thursday, 18 January 2024

KISAH KEADILAN AHMAD BIN TULUN

Thursday, 18 January 2024 0

Pada zaman pemerintahan Ahmad bin Tulun di negeri Mesir, ada sepasang suami isteri yang hidup miskin menyara hidup dengan mengusahan memintal kapal menjadi benang. Usaha ini dinamakan "Ghazlan". Nama Imam Al-Hazali dikatakan berasal dari perusahan keluarganya yang memintalk benang menjadi kapas.

Dua suami isteri tadi ada seorang anak perempuan yang sangat cantik. Dia tidak pernah keluar rumah. Satu hari dia minta untuk ikut ibu bapanya ke tempat mereka bekerja. Maka dibawalah ke sana. Namun, dalam perjalanan, anak perempuan tadi telah terpisah dari ibu bapa mereka. Dia yang tidak pernah keluar ke pekan tepinga-pinga tak tahu hendak ke mana. Ketika itu, dia lalu di depan istana seorang bangsawan bernama Putera Al-Fil. Putera Al-Fil nampak perempuan itu dan dia pun tertarik. Ditangkapnya perempuan tadi dan di bawa masuk ke istananya. Lalu diperintahkan para hambanya mempersiapkan perempuan  tadi dengan pakaian yang menarik.

Malang sekali nasib anak perempuan itu. Dia telah diperkosa oleh putera Al-Fil dan disimpan dalam istananya sebagai pemuas nafsunay.

Ibu bapa anak perempuan yang kehilangan anaknya itu mencari di sana sini tetapi tidak ditemui. Mereka berdua menangis bertanya ornag sana sini. Di malam hari, datanglah seorang memberitahu bahawa anaknya telah diculik oleh Putera Al-Fil.

Sultan Ahmad bin Tulun telah menetapkan satu peraturan dalam negeri. Jika ada sesuatu musibah yang hendak diadukan kepadanya, maka diazankan di laur waktu di masjid Jamik. Maka bapa si anak perempuan yang malang utu telah menemui muazzin masjid Jamik menceritakan kepadanya apa yang terjadi. Maka Muazzin pun melaungkan azan. Ahmad bin Tulun pun  datang. Bapa si gadis malang itu pun datang juga. Dia ceritakan apa yang terjadi kepada Ahmad bin Tulun. 

Tatkala Putera Al-Fil sampai, Ahmad bin Tulun pun menyapanya dan mengucapkan tahniah atasnya kerana perkahwinannya. Putera Al-Fil terpinga-pinga kebingungan.Maka ditunjukkan olehnya bapa si gadis dan diceritakan apoa yang terjadi. Putera Al-Fil malu tertunduk.

Kata Ahmad bin Tulun: Angkat muka kau dan katakan kepada bapanya: Kahwinkan aku dengan anakmu dengan maskahwin 1000 dinar tunai dan 500 dinar hutang.

Maka Putera Al-Fil pun terpaksa melakukannya . Bapa Si gadis malang itu pun berkata: Baiklah, aku setuju. Para saksi mendengar perkahwinan itu.

Stelah semua saksi beredar , maka Ahmad bin Tulun pun perentahkan agar kepala Puetra Al-Fil dipenggal depannya.

Lalu berkata Ahmad bin Tulun kepada bapa si gadis: Sekarang anakmu mewarisi sauminya . 

Maka dengan itu kehidupan mereka sekeluarga pun berubah menjadi senang dan anak perempuannya menjadi janda yang kaya.

Baca: Shamela

 
والقلم وما يسطرون. Design by Pocket