Thursday 27 August 2020

Mirza Ghulan Ahmad

Thursday 27 August 2020

Mirza Ghulam Ahmad mengasaskan jemaah Ahmadiah Qadyaniah pada akhir kurun ke-19.

MIrza Ghulam Ahmad mendakwa nabi Isa tidak diangkat ke langit, tetapi dia telah berhijrah ke Kasymir dan meninggal di sana. Dia menjumpai kuburnya dan kerana itu roh nabi Isa menjelma dalam dirinya. Dia mendakwa dialah nabi Isa dan dialah juga al-mahdi almuntazar.

Katanya nabi Isa meninggal pada usia 120 tahun di Kasymir dan juburnya ada di Srenagar.

Sebenarnya kubur itu kepunyaan seorang wali bernama Yusuf Asaf, tapi Mirza Ghulam Ahmad mendakwa ianya kubur nabi Isa.

Ghulam Ahmad, selepas mendakwa dia orang pertama menemui kubur nabi Isa a.s, dia mendakwa pula dirinya sebagai mujaddid kurun ke 14 H. Ini sesuai dengan sabda nabi SAW:

إن الله يبعث لهذه الأمة على رأس كل مائة سنة رجلا يجدد لها أمر دينها 

 

Dalam kitabnya (ms7-6) , Mirza Gulam menyatakan dialah mujaddid yang dijanjikan dan dsebut sebagai almahdi:

  يا أيها الناس إذا كنتم أصحاب إيمان ودين، فاحمدوا الله واسجدوا لله شكراً، إن العصر الذي قضى آباؤكم حياتهم في انتظاره ولم يدركوه، وتشوقت إليه أرواح ولم تسعد به قد حل وأدركتموه وإليكم وحدكم أن تقدروا هذه النعمة وتنتهزوا هذه الفرصة، سأكرر ذلك ولا أفتأ أذكرم أنني ذلك الرجل الذي أرسل للإصلاح الحق، ليقيم هذا الدين في القلوب من جديد

 

Ghulam Ahmad juga mendakwa dirinya sebagai jelmaan Dewa Krishna, Tuhan yang dikultuskan oleh orang Hindu. Kata Ghulam Ahmad, Dewa Krishna itu sebenarnya seorang nabi yang sebenar pada zamannya. Dia sangat cintakan Allah dan sentiasa menyuruh kebaikan dan memusuhi kejahatan. Allah menjanjikan buatnya kemunculan semula di akhir zaman, dan kata Ghulam Ahmad, dialah jelmaan Krishna itu!


Siapakah Al-hakim Nuruddin buat Mirza Ghulam? 

 

Dakwaan Ghulam Ahmad Qadyani ini sebagai nabi, bukan perkara baru. Sebelumnya sudah ada orang mengakui nabi seperti Paulus, Aswad Al-Ansi, Musalamah Al-kazzab dan lainya.  Semua ini membenarkan sabda nabi SAW:

 إن بين يدي الساعة كذَّابين

 

 يُبعث دجَّالون كذابون قريبٌ من ثلاثين، كلُّهم يزعم أنه رسول الله

 

 

 


0 comments:

Post a Comment

 
والقلم وما يسطرون. Design by Pocket