Thursday, 21 October 2021

ANAK-ANAK YANG DISANDARKAN KEPADA ALLAH

Thursday, 21 October 2021

 قال ابن كثير: قال بعضُ السلف: لَقَدْ رَأَيْنَا بَعْضَ أَوْلَادِ عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ يَحْمِلُ عَلَى ثَمَانِينَ فَرَسًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَكَانَ بَعْضُ أَوْلَادِ سُلَيْمَانَ بْنِ عَبْدِ الْمَلِكِ مَعَ كَثْرَةِ مَا تَرَكَ لَهُمْ مِنَ الْأَمْوَالِ يَتَعَاطَى وَيَسْأَلُ مِنْ أَوْلَادِ عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ لِأَنَّ عُمَرَ وَكَلَ وَلَدَهُ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَسُلَيْمَانُ وَغَيْرُهُ إِنَّمَا يَكِلُونَ أَوْلَادَهُمْ إِلَى مَا يَدَعُونَ لَهُمْ مِنَ الْأَمْوَالِ الْفَانِيَةِ، فَيَضِيعُونَ وَتَذْهَبُ أَمْوَالُهُمْ فِي شَهَوَاتِ أَوْلَادِهِمْ. [البداية والنهاية لابن كثير جـ9 صـ218].


Telah berkata Ibn Kathir dalam Al-Bidayah Wan Nihayah, Jil 9, Ms 218: Telah menceritakan setengah daripada Salaf, Sesungguhnya kami telah saksikan sebahagian daripada anak-anak Umar bin Abdul Aziz telah menaja 80 kudah perang Fi sabilillah. Sementara sebahagian daripada anak-anak Sulaiman bin Abdul Malik, walaupun banyak harta yang ditinggalkan oleh ayah mereka untuk mereka, mereka dalam keadaan meminta kepada anak-anak Umar bin Abdul Aziz. Demikain itu kerana Umar bin Abdul Aziz menyerakan nasib mereka kepada Allah SWT, dan Sulaiman dan lain-lainnya menyerakan anak-anak mereka kepada harta yang mereka tinggalkan. Llau anak-anak mereka mensia-siakan harta mereka dan hilanglah harta itu buat melampiaskan syahwat mereka.

0 comments:

Post a Comment

 
والقلم وما يسطرون. Design by Pocket